tadi aku baca paper pengumuman gomen sri lanka yang LTTE tu da berjaya dihapuskan sepenuhnya. actually aku tak berapa minat la cite pasal LTTE ni, until aku check kat wikipedia dia nye history, dan aku agak kagum gak dengan dorang neh. kepada yang tak tau LTTE tu ape, LTTE tu singkatan untuk Liberation Tigers of Tamil Eelam, satu kumpulan bersenjata pemisah kat sri lanka nun, yang memperjuangkan negara tamil merdeka kat utara dengan timur sri lanka. so, dah nama pun tamil eelam, so dorang nye ideology lebey kepada ketamilan la kan.LTTE ni ditubuhkan tahun pada 1976, bos dia nama Vellupillai Prabhakaran, tamil la. cam nama
artis mollywood la plak. so, LTTE ni memang pengaruh dia kuat gile. dorang pun dapat banyak sumbangan2 dari pihak2 luar yg menyokong perjuangan ideology mike ne. selain daripada aktiviti2 dorang la. and then, for all you know (cakap omputih sket) dorang pun ada "sistem kerajaan" mereka sendiri cam ada polis, bank, mahkamah dan stesen tv/radio. dorang punya kelengkapan senjata pun bukan cam kumpulan2 pemisah lain, ni siap ada kapal terbang lagi, kapal laut lagi. kagum gue.
Tapi ye laa..kumpulan camni selalunya memang terlibat dengan aktiviti perang, keganasan, subversif pe semua. dorang2 ni la yg plan bom rajiv gandhi tu. then rancang bom bank sri lanka la pe semua. even dorang2 ni di panggil pengganas, tp ramai gile yang sokong dia gak. tau2 la
orang dari bangsa ape kan? sendiri mau ingat la. even kat malaysia pun, ada cakap yg hindraf tu ejen si LTTE.
Cuma lepas tu aku relatekan dengan perjuangan Hamas kat Palestine. dorang-dorang ni suma memperjuangkan negara sendiri. menuntut hak di dalam negara sendiri, tp ape dan di mana sokongan2 orang islam kat dorang? Perjuangan mereka ne bukannya berideologikan bangsa,
tp perjuangan menuntut hak yg dirampas, which is lagi besar la compare tu LTTE ne, cuma kecik dari segi kapasiti aje. in the other hand, LTTE dah la negara tak kena rampas pun, lagi mau nak rampas negara sendiri. dari kumpulan gerila2 kecik biasa jek, sampai menjadik kumpulan pemisah yg digeruni, dan berpengaruh.
ttp ak bermakna aku menyokong perbuatan Hamas letup2kan diri nak bunuh israel tu, tp apabila korang dalam situasi dorang, aku rasa ko akan wat ape saje nak dapatkan balik hak sendiri. mungkin kita tak boleh nak salahkan dia 100%. aku still harap akan wujud negara palestine yang damai. tp tak tau bila. aku rasa, rakyat2 palestine dah rasa sengsara lama gile da dengan keadaan yg dorang alami ne.

baru aku taw tamil pun ade perang2.. @@
ReplyDeletetp ko perasan x? muka org yg ko tampal tue mcm pelakon tamil yg popular tue kan kan.. kekeke.. misai jerk x lentik..
muka dorang beh kurang same jek..
ReplyDeleteeh..yela...gambar yang ko letak tu plak macam poster filem hindustan kat cineplex depan SOGO tu huhuhhuhu
ReplyDelete