Monday, March 30, 2009

sound bites

hehehe..nampaknya keterujaan aku dalam memblog ni tak dapat dibendung lagi. kalo korang pasan masuk yg ni, bulan mac aje aku dah post 20 blog dah, kiranya secara purata dalam satu hari setengah aku akan post satu subjek. hahahha. takleh carik makan raja petra camne neh.

biasa la kan, ni baru masuk bulan ke dua aku men blog, kira tahap keterujaan tu still full bar lagi. tak tau la 3-4 bulan nanti, tu la sebelum start rasa malas2 tu, bek aku post banyak2. :)

dan lagi satu kalo korang pasan time aku post sumanya masa office hour.......jangan beritau orang. lepas ni dalam business aku leh letak designation aku sr. executive cum independent blogger. :)

sekian...

tagged, myspace, facebook, friendster

ok, sudah 2-3 blog yang lepas gue punya tajuk agak serius kan, so skrang kita cite benda yang ringan sikit. if korang baca gue nye tajuk ateh tu kompom ko dah tau ape binatang sumo2 tu kan? dalam empat2 tu, kompom at least mesti korang ada join satu. kalo takde tu, mintak maap cakap la ye, mmg kome2 ni termasuk dalam kategori pra-sejarah. wakakakakaka.

okla, kepada sesapa yang tak tau la ye, keempat2 yang atas tu satu medium terkini untuk berhubung/berkawan dengan orang2 seluruh dunia. kalo rasa2 nak berkawan dengan orang papua new guinea pun boley kat dalam tu. apabila register as a member dalam tagged,MS ,FB, FS ke, kita memperkenalkan diri kita secara alam maya (internet). cewahh, dan "kawan2" di dalam alam maya ini boleh mengakses details2 yang kita masukkan dalam webpage kita tu. lepas tu plak leh masukkan gambo2 la, lagu2, video2, blog2 sendiri etc. Webpage2 ini selalunya mencerminkan apa yang kita nak sampaikan kepada "kawan2" maya kita kat luar sana nun.

orang2 yg join member webpage2 ni ada macam2 objektif. antaranya :-

1) mencari kenalan baru
2) mencari jodoh, ehehehe
3) saje suka2 ikut. kawan ada account, dia pun nak wat gak (follower)
4) nak menipu pun ada (saje tipu gamba, nama, and other details nak memain)
5) passive member (saje2 nak register member, lepas tu tak aktif, sekali nak log in balik da lupa password, ape la)

so, korang masuk kategori yang mana? gue leh gerenti lu pilih no. 1 or no. 3, padahal no. 2..cett!!!
anyway, gue pun ada account2 kat ateh tu, MS ada, tagged ade dengan FB. and nape gue join suma2 ni? aku pilih jawapan 1..hehhehehe.. :P betul tak tipu, tapi dalam banyak2 tu gue nye account, gue rasa mmg kalo jantan2 takdo la gue nak add dee..kalo dia nak add gue pun mmg gue reject siang2. kompom gue x layan punye, wakakakaka. actually this so called social room akan shows our true colours. Kalo siang2 lagi dia nak menipu, letak gambar lain, lepas tu menyamar lain, korang leh justify sendiri la orang tu camna kan kalo kenal tul2. kalo yang jujur, tulus cam aku ni, mmg jujur dan tulus la dia :P

gue actually spesifickan member2 yg gue layan dalam social room ne, untuk FB gue cuma concentrate on kawan2 sekolah dulu, kawan2 opis, pendek kata yg memang da kenal laa. masa tu la letak gambar2 masa time2 sekolah dulu, lepas tu compare dengan gamba skrang. mmg selalunya jauh beza la. dulu amik gambar leh zoom 3-4 kali, skrang xleh zoom da, sbb xleh masuk screen. dulu leh gambar sekali 4 orang sebaris, skrang xleh, kena 2 berdiri atas, dua kena duduk kat depan :). ada bini, tunjuk bini dalam FB, beranak, tunjuk anak dalam FB, camtu2 la.
tp baguih gak, dapat gak tau update2 kawan2 sekolah dulu kan. yang dulu masa sekolah dapat ramai admirer, tengok2 dah anak tiga dah. yang dulu geng2 panjat pagar pi makan mee bandung kat muar nun, tgk2 da jadi cikgu displin. itu FB okey, boring....so, kita cite yang menarik sket. tagged ngan MS gue open kepada suma orang secara prinsipnya, sapa2 leh join tp tetapi still subject to my approval :). selalunya gue la yg add...gue kena add tak banyak pun, leh kira ngan jari jek. lepas tu kalo ada orang add pun, kkdang gue x approvekan pun, sbb tak melepasi kelayakan minimum (wakakakakaka)

actually mmg gue suke join social room camni, tp gue ne negative thinking sket. selalu nya orang akan cite benda2 yg best tentang diri dia jek dalam social2 room camni termasuk la gue. so, to trust suma2 dalam social room ne mmg payah. apelagi cuma kenal dalam alam maya ni. tgk gambar pun cam dalam studio jek, dari mana ntah amik gambo tu pakai cut paste. gue pun penah one time teruja dengan benda ni, ye laa...ade response kan, kejap2 ada comment,kejap2 ada msg masuk. camtu je la. tukar2 phone, kontek2 phone tu ade la gak. blind date? erm..tipu la kalo cakap takde. ade pnye. tapi tak jumpa tempat sbb blind date. hehehehehe. ade la few. tapi at the end of the day, it depend on ourself la, what is your objective nak join tu, kalo nak suka2, suka2 la jadiknya. kawan2 gitu2 jek. just having coffee, borak2 bla bla bla...

tp ada juga yang wat betul2 dalam social2 room ne, dan tak dpt dinafikan ada yang sampai dapat jodoh dalam tu. start dengan msg2, comment2 picture, lepas tu tukar hp, jumpa, berkenan la plak, couple, tunang, kawin. tp its rare la. mungkin dlm seribu, ada la satu kes. dan room2 camni juga secara tidak langsung membuatkan kita lebey open dan sensitif kepada perkembangan terkini teknologi maklumat dan perubahan sosial trend. dengan bermulanya revolusi internet pada akhir tahun 90an dan teknologi telekomunikasi, banyak perubahan2 struktur sosial dan trend di alami penduduk malaysia. kalo dulu depa nak telepon, pakai public phone or tepon umah, skrang sapa2 pun ada hp, siap ada 3g lagi. dulu takda video2 skandal melayu kat internet, skrang ko carik kat youtube tu belambak dah. dulu pakai surat2 nak tanya kabar. paling koman seminggu baru dapat jawapan tanya "ape khabar" tu. dan2 dapat reply surat tu balik ntah2 orang tu dah gol da. skrang plak chat aje. realtime nye response.

tp hobi2 camni selalunya ikut musim. by the time korang da full optimization, nothing interesting lagi da kat social room. everything you know oledi. so, dengan sendirinya korang akan carik benda lain yg best. pi mancing ke, men ps3 ke, men futsal ke, tulis blog ke (cam aku skrang neh), ape2 je la. :)

so, teknologi camni mmg kita xleh nak avoid la. camna pun kena adapt, kalao tak adapt, kita akan ketinggalan dan sukar nak catch up dengan daily routine, takyah banyak la, cuba la takde hp aje cukup. harap phone rumah or public phone ko tau la seksa dia camna. everytime nak kontek awek pakai public phone, sedara2 jauh or penpal oversea pakai surat. cuma bagaimana kita adapt itulah yang mencorakkan diri kita. jangan sampai hanyut dengan teknologi2 ni sudah la, kerana kena ingat, teknologi ni manusia yang buat, so, hanya manusia yang boleh mengawal nya, wallahualam.

Sunday, March 29, 2009

ntahapahapa

okey, since i've been tagged by hana, tanya soklan2 dalam title "tag untuk korang.." so, here are the answers :-

1) kalo gue pi restoren camtu, 15 minit still x dapat2 ag order wpun ada waiter/waitress dok melepak kat situ, gue kompom akan bengang. muka kebengangan gue mmg akan terpancar dengan mudahnya (sapa2 yg kenal gue, mmg tau la muka bengang gue camne), tp gue xkan komplen kat manager dia ke hape, buang masa je bagi gue. aku blah kat situ sambil menyedekahkan berbakul2 kata2 maki gue, dan takkan gue jejak lg kedai tu.

p/s tp, hana..yang awak pi tu, kompom ke restoran?

2) pasal kosi tu, takde maknenye, memula gue wat la nak duduk kat kosi yg ada barang orang tu, kalau dia jeling, gue amik barang dia letak kat la kat mana2 kat situ. kat lantai ke.

3) situasi dalam bas - kalo gue masa tu ada tmpt duduk, gue offer la. kalao takde, tgk orang tu wat tido, ermm..maki dalam hati je la.

4) maki

5) maki gak

Friday, March 27, 2009

pemilihan UMNO episod 2

1) Selepas keputusan agak mengejutkan di dalam jawatan ketua pemuda, nampaknya senario yang sama tidak berlaku di dalam perebutan jawatan MT, naib presiden dan timbalan presiden. Seperti yang dijangkakan Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menerima undi majoriti agak besar mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

2) Begitu juga nama-nama yang disebut-sebut favourite kepada kepimpinan Najib menang di dalam jawatan naib presiden, antaranya Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shapie Apdal.

3) Dengan keputusan-keputusan tersebut, maka lengkap la semua pengundian untuk Perhimpunan UMNO ini dengan Datuk Seri Najib sebagai presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yasin sebagai timbalannya, Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal sebagai naib presiden, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda, Datuk Seri Sharizat Jalil, Ketua Wanita, Rosnah Abd Rashid, ketua puteri dan 25 ahli MT. Apa yang di tunggu-tunggu selepas ini adalah keputusan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

4) Samada Pak Lah mahu melepaskan jawatan PM atau tidak, Wallahualam, kerana apa yang disebut oleh Pak Lah sebelum ini ialah beliau tidak mempertahankan jawatan presiden UMNO, tetapi tidak menyatakan apa-apa tentang kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

5) Tidak termaktub di dalam perlembagaan Malaysia bahawa presiden UMNO mestilah juga memegang jawatan Perdana Menteri. Itu cuma tradisi sahaja yang di amalkan UMNO sejak awal penubuhannya. Jadi adakah kali ini tradisi tersebut tidak akan diikuti? Kalau benar-benar ianya terjadi, bagaimana pula orang-orang melayu menerimanya, kerana umum mengetahui sedikit sebanyak pentadbiran kabinet dan parti UMNO saling berkaitan. Apa pula kata parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional? Tidakkah ianya seperti satu kapal 2 nakhoda? Satu kapal bernama UMNO di dalamnya anak-anak kapal yang majoritinya kabinet-kabinet Malaysia diketuai oleh dua orang berbeza.

6) Apa-apa pun kita lihat sahaja apa yang berlaku selepas ini. Nampaknya alkisah UMNO dan perihal kabinet-kabinet Malaysia belum ada lagi kesudahannya. Walaupun majoriti ahli-ahli UMNO bersorak gembira semasa keputusan timbalan presiden dan MT diumumkan malam tadi, tapi masih ada lagi suara-suara sumbang di sana-sini yang kita masih belum ketahui agendanya tersirat di dalam UMNO.

Thursday, March 26, 2009

pemilihan UMNO

1) Semalam keputusan pemilihan ketua pemuda UMNO agak mengejutkan (mungkin tidak), apabila KJ memenangi jawatan tersebut. Calon-calon yang disebut-sebut sebagai favourite (Mukhriz) mendapat undi ketiga tertinggi dibelakang Khir Toyo.

2) Ramai yang agak terkejut dengan keputusan tersebut, apatah lagi Mukhriz mendapat pencalonan tertinggi sebelum ini, dan awal-awal lagi sudah layak untuk bertanding berbanding dengan KJ dan Khir Toyo. Apa sudah terjadi? Adakah perwakilan-perwakilan yang mencalonkan Mukhriz dahulu tidak mengundi beliau semasa pemilihan tersebut. Kalau ye, kenapa?

3) Keputusan dari Ahli Lembaga Displin UMNO untuk membenarkan KJ bertanding jawatan ketua pemuda juga masih lagi menjadi tanda tanya. Sekiranya KJ terlibat di dalam politik wang, bagaimana pula ianya dijustifikasikan sehingga hanya diberi amaran, sedangkan Datuk Ali Rustam dan Datuk Norza tidak dibenarkan bertanding langsung.

4) Ataupun KJ sudah tahu yang beliau akan memenangi jawatan ketua pemuda, jadi beliau tidak kisah akan keputusan Lembaga Displin UMNO kerana sudah semestinya akan memihak kepadanya.

5) Sudah diketahui umum bahawa jawatan ketua pemuda UMNO adalah satu platform yang 'promising' untuk seseorang individu mengembangkan karier politik di dalam kabinet Malaysia. Sekurang-kurangnya akan memegang portfolio-portfolio utama seperti pendidikan, pertahanan, kewangan mahupun luar negara. Dan selalunya menteri-menteri di dalam portfolio-portfolio inilah merupakan ahli MT UMNO dan calon favourite sebagai Perdana Menteri.

6) Sekiranya KJ ingin menjadi PM, beliau mesti memenagi jawatan ini, dan mendapat portfolio menteri di dalam kabinet Najib secepat mungkin. Mungkin siapa tahu, selepas Hishamuddin menjadi PM Malaysia ke 9 negara, giliran KJ pula selepas itu. (dengan anggapan, Muhyiddin Yasin menjadi TPM kepada Najib, dan Hishamudin menjadi TPM kepada Muhyiddin)

7) Mungkin Pak Lah tak nak menunjukkan beliau yang mempengaruhi keputusan jawatan menantunya kerana akan menurunkan takhta kepada Najib bulan ini, tetapi strategi beliau ialah dengan memastikan menantunya berada di dalam jawatan yang kukuh sebelum berundur bagi mengembangkan karier politiknya di dalam kabinet pula.

8) Apabila KJ menjadi PM nanti, beliau menjadi legasi kepada bekas PM (Pak Lah) sepertimana, Najib (Tun Abd Razak), dan kemungkinan Hishamuddin (Tun Hussien Onn). Harapan untuk melihat legasi Chedet di dalam kabinet Malaysia mungkin tidak kesampaian agaknya.

9) Nampaknya tingkat empat mungkin belum mahu berkubur lagi

wallahualam

Wednesday, March 25, 2009

sembang-sembang

Dua minggu lepas Dato' Deri Najib membentangkan bajet mini sejumlah RM 60 billion untuk menghadapi kelembapan ekonomi malaysia. Kali ini tsunami kemelesetan ekonomi bukan sahaja
melanda asia seperti tahun 1998 dahulu, malah turut dirasai seluruh dunia , bermula dengan krisis sub-prima di Britain dan Amerika, membawa kepada kejatuhan gergasi institusi-institusi kewangan seperti, Northern Rock, AIG, Lehman's Brother, Freddie Mac dan Fennie May.

Lantaran dari jatuhnya institusi kewangan gergasi tersebut membawa kepada teori domino industri-industri berkaitan, seperti pembinaan, pengilangan dan automotif. Apabila bank-bank utama jatuh, banyak industri-industri, perniagaan-perniagaan tidak dapat meminjam wang untuk menampung dan meneruskan operasi. Apabila perniagaan tidak dapat meminjam wang, operasi syarikat terpaksa di kecilkan ataupun di kekalkan seperti sedia ada. Pengeksport menghadapi masalah apabila pelanggan mengurangkan order dek kerana tidak mendapat pinjaman bank. Pengimport pula menghadapi masalah kerana kekurangan order dari pengilang ataupun pelanggan. Lantaran operasi perniagaan yang tersepit ini mengakibatkan banyak VSS, pembuangan pekerja, cuti wajib untuk mengurangkan kos operasi bagi terus sustain di dalam perniagaan. Itulah yang terjadi kepada kebanyakkan pengilang-pengilang/pengeksport Malaysia yang pasaran mereka bergantung kepada Amerika.

Kita dapat lihat bagaimana AIG, Ford Motors, Chrysler dan General Motors memohon bantuan kerajaan Amerika untuk menyelamatkan industri mereka. Itu di Amerika. Bagaimana pula dengan Proton, Perodua, dan lain2 syarikat Malaysia nanti? Apakah mereka akan menghadapi nasib yang sama? Bagaimana pula dengan syarikat berkaitan dengan kerajaan lain? seperti TM, TNB, MAS, tentunya sedikit sebanyak operasi mereka akan terjejas. Cuma apa yang melegakan, kemungkinan pembuangan pekerja2 tidak akan berlaku di dalam syarikat2 GLC sepertimana syarikat2 swasta yang lain di Malaysia.

Jadi, sudah bersediakah kita rakyat Malaysia mengharungi kelembapan ekonomi sekali lagi? Apakah insentif-insentif kerajaan di dalam bajet RM60b dapat menampung ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan bahang kemelesetan yang akan dihadapi. Pada tahun 1998, kelembapan ekonomi serantau disebabkan oleh kejatuhan teruk nilai matawang. Suatu ketika dahulu pertukaran Ringgit Malaysia kepada US Dollar sekitar RM2.50, jatuh serendah RM 3.90. Oleh itu kerajaan menetapkan rejim kewangan yang ketat untuk mengawal pergerakan matawang negara dengan memperkenalkan sistem kawalan matawang ke atas US Dollar kepada RM 3.80.

Tetapi kali ini kelembapan ekonomi lebih menyeluruh ke sektor2 penting seperti kewangan dan perdagangan. Mungkin pakar-pakar ekonomi negara boleh mencadangkan kepada kerajaan langkah2 yang seharusnya di laksanakan untuk Malaysia terus berada di atas landasan pemulihan. Menurunkan kadar faedah mungkin salah satu cara untuk merangsang ekonomi.
Mungkin juga polisi-polisi lain patut diperkenalkan, seperti pengurangan cukai korporat ke atas syarikat yang membawa masuk modal baru, insentif2 cukai kepada syarikat yang mengambil pekerja yang dibuang ataupun graduan2 baru, juga tidak ketinggalan syarikat-syarikat yang mengutamakan anak-anak tempatan daripada pekerja asing. Perbanyakkan lagi peluang-peluang perniagaan kepada yang berminat, francais-francais, bantuan mudah tunai kepada peniaga-peniaga kecil dan sebagainya.

Sudah tiba masanya sektor swasta, kerajaan, parti pembangkang, NGO, dan rakyat berkorban dan bergabung tenaga untuk memulihkan ekonomi negara, kerana kesejahteraan ekonomi negara adalah tanggungjawab bersama tidak kira pangkat, harta, warna kulit dan perbezaan politik. Tidak ada gunanya kita megah dengan Menara Petronas, Putrajaya, Cyberjaya, ECER, NCER, Iskandar Malaysia sekiranya semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menganggur dan dalam masa yang sama kita lihat restoran-restoran, pak2 guard, dan pekerja-pekerja kilang dibanjiri oleh orang asing. Dengan Wawasan 2020 cuma sedekad lagi, banyak lagi yang kita perlu laksanakan untuk menjadi sebuah negara yang maju. Maju dari segi ekonomi, politik dan pemikiran.

Monday, March 23, 2009

dugaanNYA

aku penah cite dulu yang my first job mmg sesuatu yang tak bley aku lupakan. ingat tak? masa tu 2001, aku kira mentah lagi, datang kl nak keje. dapat la keje masa tu dorang offer rm800 sebulan elaun, company saham yang dok tengok screen monitor tengah2 malam ne. aku sebat je wpun gaji x besar mana sbb masa tu pun sewa pun x bayar, dok umah sedara, pakai motor jek, hutang2 credit card takde, (tak macam sekarang :P ), tapi dijanjikan gaji yg lumayan kalo dapat carik investor2. Lumayan sampai korang pun xleh imagine leh dapat camtu untuk fresh 3rd class graduate cam aku ne. betul, seriuss wa cakap lu. dah la belajar bangang, dapat kojo pun, kojo bangang. tak ke bangang sumo tu? bangang tul!!

ok, bukan tu yg aku nak cite sebenarnya. aku nak cite pasal isu yang agak leh katakan serius gak. a bit ketuhanan. ok la, aku dulu penah hilang rm20k duit simpanan asb aku sbb company bangang ne, plus termasuk duit2 sedara2 aku dalam rm250k!!. masa company tu kena raid dengan bnm, aku mcm x percaya langsung benda ni terjadi kat aku. mcm nak gile aku dibuatnye. ye la, rm250k tu duit2 sedara2 aku, adik beradik mak abah aku, dan skrang company tu kena raid dan boss dia mana pegi ntah. sampai skrang, aku still tak dapat lagi duit tu. ade siap investor2 aku dah meninggal da pun, still aku tak dapat bayar ag hutang.

pada masa tu aku terlalu pikir, dan persoalkan qada' qadar, kenapa benda ne terjadik kat aku. aku mcm x leh terima langsung benda ni. nak kata aku jahat, takde la jahat sgt, biasa2 la, ngelat2 semayang tu, ngelat2 posa (dulu la), ada orang lagi jahat dari aku pe?, tapi x kena cam ape yg aku kena. ada orang kata, mungkin ada hikmah disebaliknya. ok fine, but when? ape hikmah dia? aku tau benda camni berdosa besar kalo dipersoalkan lelama, dan boley bawak isu pegangan akidah ne. nauzubillah. tapi, aku manusia biasa gak, ada rasa marah, tak puas hati, dan sebagainya. lama jugak aku berpikiran camtu, cuma aku bersyukur lg aku tak melampaui batas2 cam bunuh diri ke, bunuh orang ke, nauzubillah.

cakap pasal ketentuan, qada' & qadar, ujian, or even balasan tuhan, itu hanya allah jek yang tau. kenapa at first place aku join company bahalol tu, lepas tu aku leka dengan semua yang ada depan mata aku, sampai tak langsung terpikir kat pale otak aku, benda ni illegal kat malaysia ke, sedangkan dah terang2 dan banyak berita2 camni tunjuk sebelum2 ni, siap masuk tv, paper ag.
semuanya yg negatif pasal company 2, semuanya aku anggap tak betul, salah. just shows how manusia leh lupa tuhan kalo dah dapat senang sket. aku le tu. tp masa tu, lepas aku dah terduduk, aku still takleh terima. selalunya orang terus tobat kan? ni tak,lagi dipersoalkan lg. gilo tul aku masa tu. sib baik idup ag, kalo tak mmg da lama kena panah petir da.

dah tujuh tahun berlalu, kkdang aku still terpikir ag pasal apa benda ni terjadik kat aku. apa sebenarnya tuhan nak beritau aku. mungkin tuhan da bagi hikmah dia cuma aku tak nampak,or mungkin belum lg. so, aku kena tunggu, ataupun balasan tuhan kat aku atas apa yg penah aku wat. ermm. apa2 pun dalam rukun iman da tulis, percaya kepada qada' & qadar. sama dengan percaya dengan allah, nabi2, malaikat, al-quran dan kiamat. so, saufee...bawak-bawakla bertobat yo. wassalam.

Sunday, March 22, 2009

dream home


what is your dream home? kalo nak cakap pasal rumah, mmg la, kita nak yang besar, environment menarik, dekat dengan kemudahan2 awam, cam kedai, sekolah, masjid, shopping complex pe semua, kan? kalo cakap jenis2 rumah plak, banyak la plak ghoman nye, teres, flat, semi-d, apartment, condo, townhouse, banglo. aku pi la mapex kat midvalley aritu, saje2 je nak survey rumah, ye la, umur pun da meningkat, takkan nak nyewa sampai ke tua. at least survey2 la dulu. dulu masa aku keje kat somban dulu, rasa nak beli umah sana je. sana kira masih dalam kategori affordable sesangat. mana tak, semi-d bosar bukan main, baru 150k jek. cubo la tanyo jenis ghumah apo dapek kat kl dengan 150k? ghumah flat/apartment la gamaknye.

so, masa kat mapex tu banyak la jenis umah2 dari sekitar klang valley sampai ke penang sana nun pun ada. mmg kalo leh nak carik umah ada tanah la. tp dalam masa sama aku kenala realistik dengan kuasa membeli aku neh. :) ada few umah2 yg aku da shorlisted kan la untuk di survey. tanya la package camna, downpayment, facilities2 lain etc. skrang ni pun bnm da turunkan blr jadik 5.55%, so, kira masa yang agak sesuai la kalo2 nak beli rumah. developer pun offer macam2 nak me'laku'kan project umah depa ne. downpayment rendah la, takde progressive interest la, takyah legal fees la dan mcam2 lagi la.

bagi aku nak beli umah ne, kena check wat study betui2, pasal kewangan sendiri, jenis rumah camna nak dipilih, lokasi, harga rumah, dan prospek umah tu sendiri. rasa2 kalo kat ccris tu berlambak hutang tak bayar, sendiri mau ingat la ye. aku pun sendiri tak tau jenis umah camna aku nak beli. skrang rasanya aku lebey realistik kat apartment. ok wat? sejuk pun sejuk. ada swimming pool, walaupun kongsi ramai2. dapat la kot kalo nak beli umah teres or semi-d ke, tpi kat sg buloh nun, sabak bernam or seremban la. masak la kalo keje kat opis skrang, kena bangun kol 5 pagi la gamaknya. skrang ne pun dok umah tak sampai 20 km dari opis pun, x sampai opis on time. so, kena kaji jugak strength and weakness diri sendiri gak tu.

so guys, what is your dream home plak?

Friday, March 20, 2009

singapore - post mortem


hellooo...ok nak cite balik pasal singapore nye trip. overall its an ok trip la. the story started
masa memula dari lcct, wa bangun kol 545am. betol....545...gue gerak dari rumah dalam 615 camtu. masa tu hujan lebat gile..sampei2 lcct kol 715..parking lebey kurang, terus pi air asia nye counter.."the gate is closed already la bang" kate dak counter air asia tu. ayak!! kaget gue.."takbley transfer ticket ke bang?".."mana boleyyyy, lu ingat ni ape nak transfer2!!" hehe
yang last sekali tu, gue tambah2 jek..no choice wa kena beli satu lagi ticket kol 10..bagusss bagusss...then, to buy time sampai kol 10 tu, wa lepak2 la breakfast, tengok2 stewardess kalo ada. sampai2 je kat changi dalam kol 11 camtu. wat imigresen pe semua plus terbangak2 nak carik tempat, kat2 kol 12. then 12 lebey sampai company tu, dorang dah dtg sejam awal! hehehe.. meeting beh kurang pe semua..

kat kol 2 setel, lunch2..lepak kat office transporter, auta lebey kurang sket..then wa nak beransur pi orchard road. beh kurang 3 jam la wa kat orchard road tu. tapi xle best sgt jalan2 situ sbb :-

1) Jalan sorang2..orang kat situ ingat gue orang pilipino!! cett
2) Poket gue xde la tebal sgt..ade la sikit, campur2 dengan company cash advance, leh la beli
spenda sekotak!!

tpi singapore sana mmg organize nye city...dari bangunan2 kat situ, sampai ke orang2 nye seperti berikut :-

1) hardly find orang sana double park keta or parking tepi2 jalan cam malaysia
2) takde baju2 sidai kat flat2 cam flat pekeliling kat sini
3) isap rokok pun xle ikut suka, even kat open place cam shopping complex area.
4) tak melintas jalan sesuka ati kat tepi2 jalan (suma ikut jejantas or underground tunnel)


spore gomen mmg enforce betul2 ape yg dorang wat dalam law dorang, sbb tu orang2 dia nak tak nak akan follow rules dan berdisplin. tapi ye la..spore tu kocik yo, cam muar yo bosar ehh..senang la sket control nye..tp org2 msia or gomen msia patut amik contoh sedikit sebanyak yg dorang implement kat sana. jangan kuar law sana, rules sini, tp tang enforcement, kaput. mana orang nak takut. cam kat petaling street tu, selamba je lintas jalan, padahal jejentas ada kek ateh kepalo tu haa..(aku pun buek camtu gak :P )

ok sambung sikit ag, kol 6 lebey gue sampai changi balik (2 jam awal, phobia tertinggal kapalterbang ag.) heheh last2 dapat tau flt delay kol 10!!..sampei lcct balik kol 12 camtu. overall its a good experience la. tp kalo leh nak datanglg, proper sket, tidoq sana semalam ka? nak pi bivo...new attraction kat spore, waterfront nye shopping mall. tak men la pi orchard road lagi dah.."ceh, kata aku orang pilipino...tengok orang sket laa"

Tuesday, March 17, 2009

oh!! uniknya, uniknya, uniknya singapura

gue pergi ke singapore esok pagi, kira cam business trip. tp balik hari daaa...cet!! kasik la can sket, bukannya selalu gue dapat trip camni pun. sepanjang karier gue dalam shipping yang penuh dengan pahit maung ni, ni le first time rasa. itu pun pi singapore. jadik laa kan? ingat dapat pi ostrolia ke, UK ke, jarman ke. tp ok la kan. memula pi singapore, lopeh tu pi afghanistan plak ke? yg tak best nye, gue pi sensorang. gue ni dah la ada sikit2 phobia pi tempat2 tak biasa pi neh, "newplacemophobia". tapi, gasakla kan, kalo sesat, wa jalan kaki je lintas tambak johor tu, takkan pun wa tumpang lori2 yang kuar masuk kan?

btw, esok wa nye flight kol 7.30 pagi. ye tuan2 dan puan2 7.30 pagi. Nape tak book kol 6 pagi je terus, boley gue azan subuh sekali dalam flt tu? sampei sana kejap je, 8.20 pg, tak puas la rasa nak tengok stewardes2 situ.

ok2 serius plak, gue pi sana sbb ada company project. so, kira meeting dengan vendor2 kat sana cite pasal shipping arrangement pe semua. kitoangnye customer kat italy nun. best tul kalo pi italy ? leh makan pizza dengan spagetti ori nye, lopeh tu pi naik gondola sorang2, cam orang bangang, wakakaka!!! so, apa2 pun ,esok subuh2 sebelum ayam bangun, gue kena bangun dulu, nak kejutkan ayam tu. nanti kalo sompek den boli la kepalo singo kek sano yoo?.

flt balik gue kol 9 lebey malam, sompek la nak rayau2 kat area2 situ. beli2 sorvenir ke, ape ke, biaso la beli key chain, sorvenir standard. :P

Thursday, March 12, 2009

barack obama

Kini seluruh dunia bercakap pasal Barack Obama. Di warung2, Starbuck, kopitiam atau di mana2 pun, orang bercerita tentang presiden amerika pertama yang berketurunan afrika amerika ne. Sesuatu yang kita pun tak jangka akan berlaku di sebuah negara bernama Amerika, yang pernah suatu ketika dahulu mempunyai amalan perkauman dan hamba abdi. Sejarah Amerika menceritakan tentang sikap perkauman yang kuat di antara mereka, berkenaan ttg Martin Luther King Jr dan Dorothy Count, budak perempuan berkulit hitam pertama memasuki sekolah berkulit putih. Selain itu Amerika juga seringkali disinonimkan dengan negara yang berlagak seperti polis dunia, boleh mengabaikan usul-usul PBB untuk menyerang Iraq dan Afghanistan, dengan alasan yang tersendiri, dan sekutu-sekutu kuatnya, Britain. Tiada suatu pun negara di dunia ni boleh menghalang kehendak amerika mencorak dunia. Angkuh dengan kekuatan dari segi ekonomi, ketenteraan dan pengaruh di seluruh dunia serta dibenci sebilangan besar penduduk dunia.


(Dorothy Count)

Tetapi apabila Barack Obama dipilih menjadi presiden, semua-semua faktor tersebut bagaikan sudah dilupakan. Ianya seperti satu harapan baru, bukan sahaja kepada masyarakat dunia, tetapi rakyat amerika sendiri, seiring dengan moto kempen beliau "Change We Can Believe In". Seluruh dunia bagaikan berpesta dengan perlantikan beliau. Persoalannya sekarang, bolehkah Barack Obama merealisasikan apa yang di janjikan semasa kempen beliau? Adakah beliau boleh membawa Amerika keluar dari imej pembuli kepada sebuah negara yang lebih disegani dan bukan ditakuti? Mungkin kita boleh menarik balik cerita ini kebelakang sedikit, bagaimana pula rakyat Amerika terutama berkulit putih (majoriti) boleh menerima presiden mereka daripada golongan berkulit hitam, yang suatu masa duhulu nenek moyang mereka melayan golongan ini sebagai hamba? Yang pastinya harapan dan tanggungjawab yang dipikul Obama bukannya mudah. Ianya mungkin menjadi titik tolak kepada perubahan iklim politik dunia. Sekiranya beliau berjaya, mungkin tidak mustahil Pengerusi Federal Reserve di ketuai oleh orang berkulit hitam nanti, dan mungkin suatu hari nanti kita akan dapat melihat Perdana Menteri Britain dari keturunan kulit hitam atau Perdana Menteri Australia dari penduduk peribumi mereka.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Bersediakah rakyat Malaysia menerima orang cina, india atau pun dari etnik-etnik di Sabah Sarawak sebagai Perdana Menteri? Untuk pengetahuan, Dorothy Count memasuki sekolah kulit putih pada 1957, tahun Malaysia mendapat kemerdekaan. Selepas 52 tahun peristiwa tersebut, rakyat Amerika boleh menerima Barack Obama sebagai presiden. Bagaimana pula dengan kita? Adakah dengan tanpa kita sedari, orang Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan sikap toleransinya mempunyai amalan perkauman yang lagi kuat daripada rakyat Amerika?

Tuesday, March 10, 2009

gps

seperti yang kalian sedia maklum, gue ni kira leh masuk kategori rabun jalan (nak kata buta nampak bebeno teruk plak). perangai gue ni satu jek, kalo gue dah tau satu jalan tu, gue stick kat jalan tu jek, cam nak pi midvalley dari puncak jalil, ikut federal hiway thru LDP kan. so, gue ikut situ jela, wpun masa tu gue kat area2 KL, gue ikut situ jek wpun jalan lain ada, and lagi dekat!!
so loyal wakakakakakakaka..lagipun mana ada masa nak try and error jalan2 baru. ceh..dah try dah dulu2..tapi result dia sama je...error memanjang..nak pi 1U, last2 sampai KLCC. ok la tu, gue bukannya anak jati KL.. kalo lu tanya gue area2 Muar, sure la gue tau.

Untuk mengatasi masalah ini dari berlarutan, gue dah pakai GPS da sekarang, wa cehhh..tapi pakai yg crack nye version la, yg ori, kang masak la plak nak membayornye. last sunday, gue pi la pahang, cousin gue kawin. 2 minggu sebelum tu gue da mintak alamat dia dari abah gue, dia nak kasik map, gue cakap, no need la..pakai gps jek..kang map2 ni, lagi la susah. maunya sampai ke terengganu plak gue nanti. address dia kat bandar indera mahkota. susah gak woo, kalao x tau jalan sure sesat one.

gue gerak dari KL kol 930 pg, sampai destinasi kol 1230 ptg, and most important thing is, tak sesat woo...then lopeh tu, pi tg lumpur plak nak melantak sata ngan kopok lekor, pun pakai gps
gak, dan cam biasa gps tak mengecewakan. terasa best jek. wakakakaka. so, ape yg aku nak sampaikan skrang ne, gadget2 camni mmg membantu orang2 yg cam aku ne, and maybe korang suma pun sama gak. orang tua2 cakap, malu bertanya sesat jalan. skrang da leh tukar da pepatah tu, malu bertanya, tak sesat jalan pun, sbb ada gps.. :P

Wednesday, March 4, 2009

politik

aku tgk tv9 semalam rancangan hujah cite pasal politik kat malaysia ne, panel dia dato' seri zahid hamidi dengan tan sri isa samad. dua2 tu bertanding naib presiden umno bulan ni nye persidangan umno. cite pasal manifesto dorang, sentuh2 sikit pasal senario politik malaysia. pasal kat perak persidangan dun tergempar bawah pokok la. kelakar siot. personally aku rasa adun2 PR ni saje je wat gimik, retorik semata2, nak cari publisiti, simpati orang ramai. that's what they do best. sama la cam kat selangor tu, sama je. di bawah pemerintahan pak lah ni, aku rasa pembangkang makin berani. menjadi2 plak. dah dapat perintah 5 negeri, dah la. do your work kat rakyat la. ni nak amik alih kerajaan pulak, berusung beg sana-sini pi taiwan nun nak pujuk adun BN join dorang. ini semua anwar punya auta. bagi aku anwar ni memang ancaman atas kestabilan politik malaysia. sumbat ISA je bagus dia ne.

lg satu yg aku tengok pembangkang kat malaysia ni, dorang membangkang tak tentu pasal. whateva perkara yg datang dari kerajaan semuanya salah, rasuah, tak telus bla bla . tang dia plak bersih, telus. dan kerajaan2 negeri dibawah pembangkang ni mcm desperate sgt nak ubah semua dasar2 yg dibuat kerajaan terdahulu, yg kununnya semuanya salah. so, kena revamp balik suma kasik betul. bila itu nak tukar ini nak tukar, bila nak start keje?

kat dewan rakyat, aku tgk jugak MP kerajaan dengan pembangkang berdebat. cuma malaysia ni masih ada lagi norma2 kemalaysiaan yg kuat la. takde la sampai bertumbuk2 cam kat taiwan ke jepun ke. kalo tak, aku rasa orang pertama kena tumbuk kat parlimen tu karpal singh la, second, lim kit siang, lepas tu teresa kuok, then ibrahim ali, last sekali bung mokhtar. hehehe

pak2 turut pun byk. ketua dia kata lompat parti 'tu' mulia, lompat parti 'ni' hina. ape tu? kalo dah lompat tu, lompat je la, ape plak ada hina mulia nye plak? ketua2 camni yg pengaruh dia sgt kuat, menyebabkan pengikut2 dia taksub yg amat. tu yang kkdang dengar cerita bapak taknak walikan anak sbb lain pahaman politik, ceraikan isteri sbb pahaman politik. punyala sempit tul pikiran dorang ne. dulu masa bercinta tak tanya plak dia pangkah mana. :)

bagi aku demokrasi kt malaysia dah ok dah. demokrasi dijadikan guidance untuk memerintah sesebuah negara, dan bukannya sebagai alat untuk memerintah. leh wat ape2 aje atas nama demokrasi. bak kata abdul wahub, demokrasi terpimpin. dan setiap negara mempunyai model demokrasi yg berbeza2 mengikut kesesuaian negara tersebut, demokrasi malaysia lain, demokrasi amerika lain, demokrasi jopun lain. sebab tu setiap negara ada cara tersendiri menguruskan rakyat2 dia. Presiden Bush tengok Iraq tak demokratik, cara pimpinan Saddam Hussien kuku besi, dan US masuk campur hal ehwal dalam negara Iraq, guna excuse mass desctruction weapon untuk evade Iraq. Selepas bberapa tahun perang, Saddam pun dah meninggal, Iraq still aman ke? Sunni dengan Syia'h masih lagi bergaduh lg aku tengok. Same goes to Malaysia and other countries.

So far, masa Tun Mahathir jadik PM dulu, aku rasa Malaysia ni lagi stabil, wpun nampak tak terlalu "demokratik" dari kacamata orang luar, tp rakyat Malaysia secara keseluruhannya gembira. ekonomi diurus dengan baik. yang tak gembira tu cuma segelintir orang yang tak puas hati. biasa la. mana leh nak puaskan hati semua orang. Pemimpin yang hebat akan lihat kestabilan negara secara holistik. kkdang terpaksa buat suatu perkara yang agak "kejam" dimata orang, tp untuk kestabilan keseluruhannya, ianya terpaksa dilakukan.

pak lah pun ok. dia kira mr nice guy la, mr clean. toleransi. dia ada cara dia tersendiri compare to tun, but tau la manusia ni suka membanding2kan orang. tun ada dia nye own supporter own style, pak lah pun ada dia nye own supporter and style. cuma 5 tahun memimpin, tak banyak la yang pak lah leh buat kan. cuma kekadang keterlebehtoleransian pak lah tu wat orang2 len take advantage terhadap dia. yela, kita leh cakap je kan, nak memimpin satu negara tu majmuk. pening pening. tapi, ye la kan, dah dia nak jadik PM sesangat, kena la pandai dan tau ape dia wat, ye tak?

hopefully najib leh bawak malaysia ke tahap yang lebey tinggi lagi.

Tuesday, March 3, 2009

kk - episod akhir

(hehehehehehehe)
kitorang sampai KK kat2 malam gitu, then terus2 kitorang check-in kat promenade aprtment. bukan apartment pun, shop lot jek. cis!! tapi still selesa kat dalam tu. kitorang x kisah dah, yg penting dapat mandi, tido, aku da tak larat. then malam sket kitorang jenjalan kejap kat shopping mall situ makan dengan cuci mata. tapi xleh da, suma badan2 dah lenguh. pas2 makan pe semua, bum...zzzzz..

(babu yang sakit kaki)
esok pagi kitorang bangun quite awl sbb nak jenjalan shopping plus tgk2 bandar KK ape yg patut. lepas check out, first kitorang pi pasar pilipino. kat sana byk jual mutiara, sourvenir, ikan masin. bg nak membuktikan kitorang penah sampai sabah, so, beli la ape yg patut. panas duh kat sana, tepi laut. to cut it short, dah beli pe semua, kitorang berangkat ke airport KK kat petang dalam kol 2-3 camtu. jumpa la kawan2 tak fit tu balik suma. sampai KLIA. abisssss..

(KLIA)



anger management


penah tak rasa tetiba ko nak terajang orang? tak kira la sapa pun. posmen yg anta surat ke, jiran kg ke, tak pun haiwan2 peliharaan cam kucing siam ke, ayam serama, ikan, ikan?? tang mano la plak nak di terajangnye. tak kira la..tetiba aje...ade? kalo ade cakap ade..

aku jarang lepaskan marah aku...selalunya aku simpan jek dalam..selagi leh tahan aku tahan..perkara yg wat aku marah, perkara yg wat aku tak puas hati..cuma kkdang tertunjuk kat muka jek..dah la muka aku orang tengok cam sombong, kerek, dan seangkatan dengannya.. kalo tgh marah, lagi la bughok ghomannye. mmg tak bagus la simpan2 marah neh, nanti leh makan diri woo..kena stress ke, darah tinggi ke, pembuloh darah pecah ke..tp so far takde la perkara buruk berlaku. cuma sekejap je, marah..tension..lepas tu ok balik..takde la style marah2/bebel2 tak tentu pasal/ or terajang anjing jiran sebelah ke or pecahkan barang ke, tak penah aku wat camtu. cuma kkdang rasa cam nak tumbuk orang je, tapi dengan syarat orang tu tak tumbuk aku balik la. so, ada sesiapa yg nak volunteer leh la contact aku yer. sepanjang hidup aku ne, kira byk gak benda2 yg dah wat aku marah/tensen/disapointed. contoh :-

1) my first job - mmg nyesal gile. time tu aku still naive lagi, keje jadik remiser company coffee trading. aku resimer cum marketing exec. so, tugas gue kena carik investor dan aku pun kena invest sekali. duit aku 20k ranap, duit2 investor lain yg 95% ada kena mengena ngan aku 250k!!
lepas tu company tu kena raid dengan BNM, aku gak yg melopong.
masa tu rasa aku nak marah semua orang. tapi aku tak tau nak start dengan sapa dulu. nak marah housemate dulu ke, lepas tu pak guard tmpt aku tinggal, bawak ke makcik yg selalu aku pi beli pisang goreng, then tokey kedai dvd kat ampang point, bla bla bla. tp aku simpan, marah, stress aku sampai penah sekali aku rasa heart beap aku laju gile wpun tengah nak tido. baru nak tido tu, belum wat ape2 lagi dah heart beap laju camtu.. :P but by time goes by aku leh terima suma tu, dari malu nak jumpa2 sedara, aku buat tak malu, sama macam memula aku promote investment awal2 dulu. aku cuba slow-slow carik hikmah disebalik apa yg jadik tu, tanpa mengenepikan niat nak terajang je ex-bos aku dulu. kalo leh nak wat live kat tv.

2) aku marah dengan diri aku sendiri sbb kkdang aku takleh terima ketentuan, tak kira la pasal ape. aku tend nak question, kenapa benda ni jadik kat aku. sbb apabila aku dah put effort, 100% to do something, but then tak dapat ape yg kita nak, then aku stress, marah, rasa nak terajang orang balik tu ada. hanya sebab result tak memihak pada aku. perkara ni yg aku still nak belajar camna nak control. sbb ye lah, kira persoalkan takdir tu, doso bosar tu. aku byk da kurangkan pasal benda ni, tp kekadang terkeluar jugak. so, kepada pihak2 yg berkenaan, aku mintak maap.

so, korang plak camna? what is your anger management?












Monday, March 2, 2009

sound bites

gue ada menerima komen mengatakan gue nye post dalam blog ni dah basi. basi!!, these are my comment :-

1) ini blog gue, gue punya suka la nak letak tahun bila punya cite pun. tak semestinya blog kena letak cite2 terkini je kan? setuju tak? kalo tak setuju, GET OFF FROM MY BLOG NOW!!!.. hehe.. gurau jek tu. kalo gue nak cite pasal gue masa kecik2 takbley ke? itu pun kira basi nye cerita la tu.

2) mana lu tau cite tu basi ke tak? ntah2 cite yg aku post tu paling terkini sekali..wakakakakaka..


3) gue berblog ni nak mengisi masa lapang je. ntah2 esok lusa gue da buat benda lain plak kan. so, masa tengah bersemangat nak berblog ni wa taruk je la ape2 cite pun.

4) apa2 pun terima kasih di atas komen membina anda, kalo komen yg tak membina tu, cam sy cakap tadi, SILA KELUAR DARI BLOG SAYA, DAN JANGAN DATANG2 LAGI.. :)

kentut and cover

ok, benda ni just berlaku tadi. masa tu nak pi amik air kat cafe. masa nak tunggu lif, ada la mamat cino ni, selalu datang lepak kat dept. gue (shipping/pc), tapi dengan gue dia mmg tak berapa nak ramah la. tegur2 ala kadar jek. tapi td masa gue tunggu lif, gue ada bau something yang gue boley jamin mmg boley muntah. masa tu mamat tu pun sama nak tunggu lif gak. tetibe jek tanya gue mcm2, nak pi mana la, lepas tu dia cakap dia nak balik opis, ada keje la. hek eleh mamat ni, tunjuk ramah la tu. cover malu kunun sbb td da terkentut depan lif, ingat sempat la dia melepas lepas tu masuk lif , tanpa disedari orang sekeliling. come on la, opis aircon la. so, pergerakan udara statik. itu nak hilang bau, 5 minit pun lum tentu lagi tu. gue pun layan2 la gak, takde la tunjuk muka. tp hakikatnye gue tahan bernapas masa tu. appara, len kali nak kentut open2 camtu, pi la kat mana2, kat taman permainan ke, kat tepi pantai ke, kat toilet ke.

morale of the story : pikir dahulu sebelum buang

kk - episod 3

setelah settle kan suma makan, check in kat laban rata..kitorang pun siap2 la ape yg patut, mandi la..peh tu nak tido..ada la borak2 sket, bincang2 sapa yg larat naik, sapa tak larat. setelah bincang2 pe semua babu n rose stay. so, setakat itu sajalah perjuangan korang berdua. so, tiga orang jek yang nek. Pukul 145 pagi...kitorang bangun ramai2 termasuk la babu n rose (nak bagi morale support la tu, appara) so, gue, ida and pidah dah siap2 suma dengan gadget, torchlight, pe semua. then we had supper sat kasik tambah tenaga sket beb. pagi tu sejuk gile wooo..ko tau la..dah la kat gunung, pas tu kat luar lak tu. takpe2. dalam 230 pagi, kitorang bertolak. gelap tu mmg la gelap tp sbb semua orang pun gerak dalam waktu yg sama, kira ok la. lepas tu torchlight plak wat hal aku nye ngan ida. cuma pidah nye je yg ok..(morale of the story, barang2 kat giant mmg xleh harap)


kat situ pendakian da lain sket, sbb tanah2 ni da takde..suma batu2 je...so, kena guna tali yg tersedia kat situ...slip sket...innalillah terus...tp tak tau nape...mmg gue tak larat gile time tu. cam nak give up pun ada..tgk muka pidah, lg la bertambah give up jadiknye..wakakakaka

kitorang sampai check point akhir(yg menentukan samada kitorang leh naik sampai puncak ke tak) dalam kol 530 camtu...kira lewat gak wooo...orang len dah siap nak balik, kitorang baru nak sampai last check point. sbb kalo lambat sangat, nanti kabus2/awan dan tutup kat puncak2 nun. so, takleh nampak..sbb tu kena sampai dalam kol pagi, kalo kol 8 tu..tak dapek dohhh..

kol 6 lebey or kat2 kol 7 tu, dengan rasminya gue, pida dgn ida sampai kat low's peak (highest peak kat gunung kinabalu) kejap jek, sbb berebut2 bergambar dgn orang korea mano ntah. hangin jek, gue panjat kal 12 jam, lepas tu dapat bergambar kat puncak tak sampai 5 minit. ade patut tak? mana patut.. tak patut langsung, kalo nak patut sgt, pi kedai harga patut la..

peh tu kitorang turun la reramai, so, nak ngadap few hours more nak turun plak!!! sampai kat laban rata kitorang rest2 jap, dah nak check out, sbb nak kejar sampai timpohon tu balik dalam kol 5-6 gitu. Masa tu kasut gue dua2 dah terngaga kat depan. takpe la..nanti sampai KK aku campak kat sungai tamparuli kasik boya makan.

Kepala lutut gue masa tu pun dah kaput, banyak kali stop kat check point kena urut, last2 bandage dengan towel. turun masa tu agak cepat gak sbb turun la kate kan, kasik masuk low gear, control brake je kan :). dalam kol 6 camtu sampai timpohon, arghhh lega. tapi...ada 2 jam lagi journey nak balik KK...so, aku offer kan diri aku tido kat bonet pajero transporter tu sbb x larat nak berhimpit2 kat seat belakang. dapat gak tido sejam dua. kat kol 8 sampai kat promenade apartment kat tul2 KK town. esok another one day left jek nak jenjalan KK, flt kitorang petang, so, kena cepat2 la kalo nak shopping ikan kering ke, pearl ke, etc.
to be continued


























hangen

Gue agak tensen n kadang-kala kurang sabar/marah/rasa nak terajang sesuatu dgn certain perkara2..kkdang benda tu nampak cam biasa, tp gue rasa da cukup melepasi tahap minimum kesabaran gue. Pls refer below :-

1) Kat ATM, beratur da le panjang cam hagham, tengok2 kat depan tu ada hamba allah yg slow tahap sloth, kalo setakat nak check belen duit tu tak kisah la, ni leh tengok suma list2 option dalam screen tu (kan banyak tu), lepas tu terkebil2 cam tak tau nak buat ape. lepas tu kuarkan kad, then masukkan balik..OR kalo couple la..tengok2 belen..lepas tu gelak2..siap berbincang kat situ,nak kuar bape la..nak slip ke...perghhh!!! masa tu rasa gue nak hantukkan je kepala dorang tu..

2) Kat TOL, time da sampai turn dia..dah kuar harga berapa kena bayar, masa tu la baru nak kuar beg duit..lepas tu kalo nampak ada sen2, baru la masa tu nak carik duit syiling kat beg. lepas tu kuar duit besar..lepas tu da dapat baki, nak masukkan cantik2 duit tu dalam beg duit,kasik suma kepala agong tu samaaaa je dalam beg duit selari jek..baru nak jalan..

P/S Prihatin la sket dey..dengan orang ramai yg beratur tu..kalo masa tu lu sorang je, leh la nak cucuk berapa banyak kali, nak test suma application kat ATM tu sampai "temporary out of service" pun gasak la kan. pun sama kat tol gak. kalo lu sorang jek masa tu, lu nak bayar dengan credit card pun pedulik la kan. Masa nak masuk tiap2 tol tu, kan ada harga berapa nak kena bayar,or tak pun agak2 la berapa, kuar la duit siap2. Sekian.

"ke arah rakyat malaysia yang lebey prihatin"

kk - Episod 2

(laban rata)


Seperti yg dijanjikan, gue menyambung kisah holiday gue (leh define as holiday ke? sbb bukan ke holiday tu cam pi relax2 kat mana? yg ni masuk kategori carik penyakit i,e lenguh2 badan, rasa nak pengsan, etc), but wateva la ye. Ok, mana kita tadi? aaa...holiday..

(sebelum)

kitorang sampai kat kundasang (kaki gunung kinabalu) kat2 petang..check in pe semua kat Sutera Sanctuary Lodges..then lepak2 jap..before nak pi dinner..kat sana mmg menarik scenery. hijau..gunung2...sejukkk..bagus untuk percutian berdua (if you know what i mean, :) ) malam tu xde ape2 sgt wat sbb penat agaknye..ngn rasa bercampur2...excited, tak sure, cam caya tak caya..tp takpe la..alang2 da kat sini...esok pagi..kol subuh da bangun..kol 6 camtu...tapi matahari da nampak daa...breakfast siap2...kasik extra2 makan sket..kat beg penuh dengan coklat..livita..pati ayam..then lepas suma tu, kitorang daftar kat check point bawah..dapat sorang budak local situ jadik guide kitorang..kocik yo dak ehh..tp selamba bawak beg2 kitorang suma kt 10 kilo suma ehh..

lepas tu briefing2 sket..pe semua..start kat tempat nama timpohon kol 9 pg . kitorang da kawtim..akan tunggu sesama kat each check point. masa panjat tu..tak kisah la..nak berapa kali stop, taknak tunggu orang ke (aku le tu), tapi kat checkpoint kena tunggu suma sampai, then baru sambung. Nak sampai puncak kena lalui 2 fasa. First, 6-7 jam sampai ke Laban Rata. Then lepak, tido kejap..kol 2 pagi kena sambung lagi 4 hours ke puncak..so, sampai kat puncak gunung sana dalam kol 6 camtu..time matahari naik.. ramai gak nak panjat gunung sesama ngan kitorang..ramai mat saleh la..org malaysia x heran suma2 tu. Daki dan daki dan daki...stop kat check2point. so far, everything ok. babu n rose pun ok gak...walaupun memula wa bet 2 jam je dorang daki..lepas tu nak turun balik...wakakakakakaka..masa daki tu..kitorang x laju, x le slow gak..biasa2 je..tgk2 orang...tgk2 sekeliling pe semua..kot2 terserempak dengan rimau ke..leh la sempat aku libas dengan kayu..lepas tu, nampak org2 tempatan angkat barang2 keperluan untuk resort kat Laban rata .. bawak bawang2..bawak telo..(aaa..?? bawak telo?) bawak tong gas!! dan dorang lagi laju daki compare ngan kitorang yg bawak beg x sampai 2 kilo. power2, muscle kaki besar2 woo..dorang2 suma ni, naik gunung kinabalu cam pi keje hari2..cuma dorang jalan kaki..yg dak wan guide kitorang tu..rasanya dalam 17-18 tahun jek..tp dah beratus2 kali naik daa..

kitorang sampai Laban Rata dalam kol 4 camtu. kira ok la..Sampai2 laban rata..then melantak dulu..lapo gile..kat sana makanan mahal sket, ye la..ateh gunung kan. separuh jalan berjaya daa..tp kaki gue da start2 krem. rasa cam malas nak sambung esok pagi sampai puncak. kira ok la kan..dapat gak certificate..hitam putih pun jadik laa kan..


to be continued..