Friday, March 27, 2009

pemilihan UMNO episod 2

1) Selepas keputusan agak mengejutkan di dalam jawatan ketua pemuda, nampaknya senario yang sama tidak berlaku di dalam perebutan jawatan MT, naib presiden dan timbalan presiden. Seperti yang dijangkakan Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menerima undi majoriti agak besar mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

2) Begitu juga nama-nama yang disebut-sebut favourite kepada kepimpinan Najib menang di dalam jawatan naib presiden, antaranya Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shapie Apdal.

3) Dengan keputusan-keputusan tersebut, maka lengkap la semua pengundian untuk Perhimpunan UMNO ini dengan Datuk Seri Najib sebagai presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yasin sebagai timbalannya, Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal sebagai naib presiden, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda, Datuk Seri Sharizat Jalil, Ketua Wanita, Rosnah Abd Rashid, ketua puteri dan 25 ahli MT. Apa yang di tunggu-tunggu selepas ini adalah keputusan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

4) Samada Pak Lah mahu melepaskan jawatan PM atau tidak, Wallahualam, kerana apa yang disebut oleh Pak Lah sebelum ini ialah beliau tidak mempertahankan jawatan presiden UMNO, tetapi tidak menyatakan apa-apa tentang kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

5) Tidak termaktub di dalam perlembagaan Malaysia bahawa presiden UMNO mestilah juga memegang jawatan Perdana Menteri. Itu cuma tradisi sahaja yang di amalkan UMNO sejak awal penubuhannya. Jadi adakah kali ini tradisi tersebut tidak akan diikuti? Kalau benar-benar ianya terjadi, bagaimana pula orang-orang melayu menerimanya, kerana umum mengetahui sedikit sebanyak pentadbiran kabinet dan parti UMNO saling berkaitan. Apa pula kata parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional? Tidakkah ianya seperti satu kapal 2 nakhoda? Satu kapal bernama UMNO di dalamnya anak-anak kapal yang majoritinya kabinet-kabinet Malaysia diketuai oleh dua orang berbeza.

6) Apa-apa pun kita lihat sahaja apa yang berlaku selepas ini. Nampaknya alkisah UMNO dan perihal kabinet-kabinet Malaysia belum ada lagi kesudahannya. Walaupun majoriti ahli-ahli UMNO bersorak gembira semasa keputusan timbalan presiden dan MT diumumkan malam tadi, tapi masih ada lagi suara-suara sumbang di sana-sini yang kita masih belum ketahui agendanya tersirat di dalam UMNO.

No comments:

Post a Comment