Thursday, March 26, 2009

pemilihan UMNO

1) Semalam keputusan pemilihan ketua pemuda UMNO agak mengejutkan (mungkin tidak), apabila KJ memenangi jawatan tersebut. Calon-calon yang disebut-sebut sebagai favourite (Mukhriz) mendapat undi ketiga tertinggi dibelakang Khir Toyo.

2) Ramai yang agak terkejut dengan keputusan tersebut, apatah lagi Mukhriz mendapat pencalonan tertinggi sebelum ini, dan awal-awal lagi sudah layak untuk bertanding berbanding dengan KJ dan Khir Toyo. Apa sudah terjadi? Adakah perwakilan-perwakilan yang mencalonkan Mukhriz dahulu tidak mengundi beliau semasa pemilihan tersebut. Kalau ye, kenapa?

3) Keputusan dari Ahli Lembaga Displin UMNO untuk membenarkan KJ bertanding jawatan ketua pemuda juga masih lagi menjadi tanda tanya. Sekiranya KJ terlibat di dalam politik wang, bagaimana pula ianya dijustifikasikan sehingga hanya diberi amaran, sedangkan Datuk Ali Rustam dan Datuk Norza tidak dibenarkan bertanding langsung.

4) Ataupun KJ sudah tahu yang beliau akan memenangi jawatan ketua pemuda, jadi beliau tidak kisah akan keputusan Lembaga Displin UMNO kerana sudah semestinya akan memihak kepadanya.

5) Sudah diketahui umum bahawa jawatan ketua pemuda UMNO adalah satu platform yang 'promising' untuk seseorang individu mengembangkan karier politik di dalam kabinet Malaysia. Sekurang-kurangnya akan memegang portfolio-portfolio utama seperti pendidikan, pertahanan, kewangan mahupun luar negara. Dan selalunya menteri-menteri di dalam portfolio-portfolio inilah merupakan ahli MT UMNO dan calon favourite sebagai Perdana Menteri.

6) Sekiranya KJ ingin menjadi PM, beliau mesti memenagi jawatan ini, dan mendapat portfolio menteri di dalam kabinet Najib secepat mungkin. Mungkin siapa tahu, selepas Hishamuddin menjadi PM Malaysia ke 9 negara, giliran KJ pula selepas itu. (dengan anggapan, Muhyiddin Yasin menjadi TPM kepada Najib, dan Hishamudin menjadi TPM kepada Muhyiddin)

7) Mungkin Pak Lah tak nak menunjukkan beliau yang mempengaruhi keputusan jawatan menantunya kerana akan menurunkan takhta kepada Najib bulan ini, tetapi strategi beliau ialah dengan memastikan menantunya berada di dalam jawatan yang kukuh sebelum berundur bagi mengembangkan karier politiknya di dalam kabinet pula.

8) Apabila KJ menjadi PM nanti, beliau menjadi legasi kepada bekas PM (Pak Lah) sepertimana, Najib (Tun Abd Razak), dan kemungkinan Hishamuddin (Tun Hussien Onn). Harapan untuk melihat legasi Chedet di dalam kabinet Malaysia mungkin tidak kesampaian agaknya.

9) Nampaknya tingkat empat mungkin belum mahu berkubur lagi

wallahualam

1 comment:

  1. actually aku pun tekejot gak dengan result undi tu, setahu aku Dato Mukhriz yang terima pencalonan paling tinggi, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki dia.. apapun lepas ni bialah dorang keje satu pasukan kembalikan maruah UMNO yang sejak dua menjak ni agak goyang siket.

    ReplyDelete