(Dorothy Count)
Tetapi apabila Barack Obama dipilih menjadi presiden, semua-semua faktor tersebut bagaikan sudah dilupakan. Ianya seperti satu harapan baru, bukan sahaja kepada masyarakat dunia, tetapi rakyat amerika sendiri, seiring dengan moto kempen beliau "Change We Can Believe In". Seluruh dunia bagaikan berpesta dengan perlantikan beliau. Persoalannya sekarang, bolehkah Barack Obama merealisasikan apa yang di janjikan semasa kempen beliau? Adakah beliau boleh membawa Amerika keluar dari imej pembuli kepada sebuah negara yang lebih disegani dan bukan ditakuti? Mungkin kita boleh menarik balik cerita ini kebelakang sedikit, bagaimana pula rakyat Amerika terutama berkulit putih (majoriti) boleh menerima presiden mereka daripada golongan berkulit hitam, yang suatu masa duhulu nenek moyang mereka melayan golongan ini sebagai hamba? Yang pastinya harapan dan tanggungjawab yang dipikul Obama bukannya mudah. Ianya mungkin menjadi titik tolak kepada perubahan iklim politik dunia. Sekiranya beliau berjaya, mungkin tidak mustahil Pengerusi Federal Reserve di ketuai oleh orang berkulit hitam nanti, dan mungkin suatu hari nanti kita akan dapat melihat Perdana Menteri Britain dari keturunan kulit hitam atau Perdana Menteri Australia dari penduduk peribumi mereka.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Bersediakah rakyat Malaysia menerima orang cina, india atau pun dari etnik-etnik di Sabah Sarawak sebagai Perdana Menteri? Untuk pengetahuan, Dorothy Count memasuki sekolah kulit putih pada 1957, tahun Malaysia mendapat kemerdekaan. Selepas 52 tahun peristiwa tersebut, rakyat Amerika boleh menerima Barack Obama sebagai presiden. Bagaimana pula dengan kita? Adakah dengan tanpa kita sedari, orang Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan sikap toleransinya mempunyai amalan perkauman yang lagi kuat daripada rakyat Amerika?

Huyooo bahse melayu anda sangat la bagus..!! aku rasa ko dah salah pilih koje.. bagus kalo ko keje jadik wartawan ke pemberita ke kan kan tak pun kameraman lalalaaaa
ReplyDelete