Dua minggu lepas Dato' Deri Najib membentangkan bajet mini sejumlah RM 60 billion untuk menghadapi kelembapan ekonomi malaysia. Kali ini tsunami kemelesetan ekonomi bukan sahaja
melanda asia seperti tahun 1998 dahulu, malah turut dirasai seluruh dunia , bermula dengan krisis sub-prima di Britain dan Amerika, membawa kepada kejatuhan gergasi institusi-institusi kewangan seperti, Northern Rock, AIG, Lehman's Brother, Freddie Mac dan Fennie May.
Lantaran dari jatuhnya institusi kewangan gergasi tersebut membawa kepada teori domino industri-industri berkaitan, seperti pembinaan, pengilangan dan automotif. Apabila bank-bank utama jatuh, banyak industri-industri, perniagaan-perniagaan tidak dapat meminjam wang untuk menampung dan meneruskan operasi. Apabila perniagaan tidak dapat meminjam wang, operasi syarikat terpaksa di kecilkan ataupun di kekalkan seperti sedia ada. Pengeksport menghadapi masalah apabila pelanggan mengurangkan order dek kerana tidak mendapat pinjaman bank. Pengimport pula menghadapi masalah kerana kekurangan order dari pengilang ataupun pelanggan. Lantaran operasi perniagaan yang tersepit ini mengakibatkan banyak VSS, pembuangan pekerja, cuti wajib untuk mengurangkan kos operasi bagi terus sustain di dalam perniagaan. Itulah yang terjadi kepada kebanyakkan pengilang-pengilang/pengeksport Malaysia yang pasaran mereka bergantung kepada Amerika.
Kita dapat lihat bagaimana AIG, Ford Motors, Chrysler dan General Motors memohon bantuan kerajaan Amerika untuk menyelamatkan industri mereka. Itu di Amerika. Bagaimana pula dengan Proton, Perodua, dan lain2 syarikat Malaysia nanti? Apakah mereka akan menghadapi nasib yang sama? Bagaimana pula dengan syarikat berkaitan dengan kerajaan lain? seperti TM, TNB, MAS, tentunya sedikit sebanyak operasi mereka akan terjejas. Cuma apa yang melegakan, kemungkinan pembuangan pekerja2 tidak akan berlaku di dalam syarikat2 GLC sepertimana syarikat2 swasta yang lain di Malaysia.
Jadi, sudah bersediakah kita rakyat Malaysia mengharungi kelembapan ekonomi sekali lagi? Apakah insentif-insentif kerajaan di dalam bajet RM60b dapat menampung ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan bahang kemelesetan yang akan dihadapi. Pada tahun 1998, kelembapan ekonomi serantau disebabkan oleh kejatuhan teruk nilai matawang. Suatu ketika dahulu pertukaran Ringgit Malaysia kepada US Dollar sekitar RM2.50, jatuh serendah RM 3.90. Oleh itu kerajaan menetapkan rejim kewangan yang ketat untuk mengawal pergerakan matawang negara dengan memperkenalkan sistem kawalan matawang ke atas US Dollar kepada RM 3.80.
Tetapi kali ini kelembapan ekonomi lebih menyeluruh ke sektor2 penting seperti kewangan dan perdagangan. Mungkin pakar-pakar ekonomi negara boleh mencadangkan kepada kerajaan langkah2 yang seharusnya di laksanakan untuk Malaysia terus berada di atas landasan pemulihan. Menurunkan kadar faedah mungkin salah satu cara untuk merangsang ekonomi.
Mungkin juga polisi-polisi lain patut diperkenalkan, seperti pengurangan cukai korporat ke atas syarikat yang membawa masuk modal baru, insentif2 cukai kepada syarikat yang mengambil pekerja yang dibuang ataupun graduan2 baru, juga tidak ketinggalan syarikat-syarikat yang mengutamakan anak-anak tempatan daripada pekerja asing. Perbanyakkan lagi peluang-peluang perniagaan kepada yang berminat, francais-francais, bantuan mudah tunai kepada peniaga-peniaga kecil dan sebagainya.
Sudah tiba masanya sektor swasta, kerajaan, parti pembangkang, NGO, dan rakyat berkorban dan bergabung tenaga untuk memulihkan ekonomi negara, kerana kesejahteraan ekonomi negara adalah tanggungjawab bersama tidak kira pangkat, harta, warna kulit dan perbezaan politik. Tidak ada gunanya kita megah dengan Menara Petronas, Putrajaya, Cyberjaya, ECER, NCER, Iskandar Malaysia sekiranya semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menganggur dan dalam masa yang sama kita lihat restoran-restoran, pak2 guard, dan pekerja-pekerja kilang dibanjiri oleh orang asing. Dengan Wawasan 2020 cuma sedekad lagi, banyak lagi yang kita perlu laksanakan untuk menjadi sebuah negara yang maju. Maju dari segi ekonomi, politik dan pemikiran.
Wednesday, March 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

HANYA DUDUK DIRUMAH ANDA BOLEH DAPAT DUIT,MODAL RENDAH, JANGAN LEPASKAN PELUANG HEBAT INI….PELUANG HANYA SEKALI…CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!! LAYARILAH… http://www.modalniaga.com/mn2176.htm
ReplyDelete